Minggu 4

Salam sejahtera buat pembaca sekalian, terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengunjung laman ilmu ini.
Untuk tugasan minggu ke4 ini, saya akan menyenaraikan bahan-bahan seperti bahan sastera, tatabahasa dan bidang ilmu lain yang boleh digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

BAHAN SASTERA


Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba'ie Sujud (2001 : 31), melalui pembacaan karya sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta menghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Bahan sastera biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman, perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya.

Contoh bahan sastera yang dipilih untuk P&P Bahasa Melayu;

    -PERIBAHASA-

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang


Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah (sesuatu yang tetap utuh)


Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam sesuatu mesyuarat, perbincangan


Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh

Bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling membantu.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan


Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi

sumber rujukan http://www.ipuisi.com/koleksi-peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-dan-maksud

Papan cerita pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera.
Sasaran murid : Murid Tahap 2.

Langkah-langkah pengajaran;

  1. Guru memaparkan kad perkataan yang mengandungi peribahasa-peribahasa diatas.
  2. Murid diminta membaca satu persatu peribahasa tersebut secara beramai-ramai, dipilih secara rawak dan individu.
  3. Guru menerangkan mengenai peribahasa. Kemudian guru menerangkan maksud setiap peribahasa tersebut.
  4. Murid diminta untuk membina ayat berdasarkan peribahasa-peribahasa tersebut.

BAHAN TATABAHASA


Belajar mengenai Kata Hubung.

Cara Pelaksanaan ;

  •  Murid-murid diterangkan terlebih dahulu ,engenai Kata Hubung.
  • Guru akan menayangkan contoh-contoh kata hubung yang digunakan. Seterusnya memaparkan contoh-contoh ayat tunggal yang menggunakan kata hubung
  •  Murid-murid diberi kan lembaran kerja dan dipancarkan tayangan slaid lembaran kerja Kata Hubung tersebut. Untuk menjawab latihan yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut murid-murid akan menjawab pada lembaran kerja  yang telah diedarkan.


Contoh Lembaran Kerja;

     1.  Mak  ke kedai membeli sayur.                                                                                                              
         Mak  ke kedai membeli seekor ayam.

    2. Abang bermain basikal di padang permainan.
        Mohan bermain basikal di padang permainan.

   3. Aina memakai baju kebaya berwarna merah.
       Umi memakai baju kebaya berwarna merah.

sumber rujukan http://suraiti.tripod.com/minggu_6/kata_hubung.htm

  


BAHAN ILMU LAIN

Bahan bidang ilmu lain yang saya pilih adalah; Ilmu Sains. Iaitu mengenai "Kitaran Hidup Rama-Rama".

"KITARAN HIDUP RAMA-RAMA"

     Taman bunga menjadi indah apabila dihiasi rama-rama berwarna-warni. Sifat rama-rama yang berterbangan ke sana ke mari tanpa henti mencerminkan betapa bebasnya hidup serangga ini. Rama-rama mencari madu bunga sebagai makanan. Lidah rama-rama yang bergelung itu begitu mudah dilentur untuk menghisap madu dan menyapu debunga. 
     Kawan-kawan, tahukah anda bahawa secara purata, seekor rama-rama boleh bertelur sebanyak 200 biji. Daripada sebiji telur kecil, lahirlah seekor ulat bulu. Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga minggu. Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama.
     Ulat buku itu akan menjadi seekor kepompong atau pupa. Kepak dan kakinya akan terbentuk. Akhirnya, jadilah seekor rama-rama.

sumber rujukan http://wanzawh.blogspot.com/2009/01/kitaran-hidup-rama-rama.html


Papan cerita pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera.
Sasaran murid : Murid Tahun 3.

Langkah-langkah pengajaran;
  1. Murid-murid dipaparkan gambar Kitaran Hidup Rama-Rama dan pelbagai jenis rama-rama yang cantik.
  2. Murid-murid ditayangkan teks mengenai Kitaran Hidup Rama-rama dalam slaid.Kemudian diminta untuk membacakannya dalam suara yang nyaring dan intonasi suara yang betul secara beramai-ramai dan individu.
  3. Murid dminta untuk menyatakan langkah-langkah kitaran hidup rama-rama berdasarkan teks yang ditayangkan sebentar tadi.