Tugasan minggu kelapan kali ini adalah ;
Pengajaran Bahasa Melayu secara dalam talian dan luar talian
- Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian
- Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
Pengajaran secara dalam talian adalah pengajaran yang menggunakan kemudahan internet. Maklumat-maklumat dan bahan yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran akan digunakan sepenuhnya dari internet. Manakala pengajaran secara luar talian pula adalah, pengajaran yang tidak menggunakan talian internet tetapi bahan pengajaran yang digunakan adalah dari sumber internet. Bahan-bahan yang digunakan boleh dimuat turun daripada internet dan disimpan ke dalam sampul yang bersesuaian.
Untuk langkah-langkah pelaksanaan pengajaran dalam talian adalah seperti berikut;
- Guru membawa murid-murid ke makmal komputer. Murid-murid diminta untuk mengambil tempat duduk dan seorang murid akan menggunakan sebuah komputer sahaja.
- Guru membuka laman sesawang http://beentiem.schools.officelive.com/interatif.aspx. Memilih menu (Permainan silang kata) yang dipaparkan dan menggunakan bahan tersebut untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Murid-murid diminta untuk membuat latihan-latihan seperti yang tertera dengan kawalan tetapan masa oleh guru untuk sesebuah latihan tersebut.